(no english title)

Entah kenapa, aku rasa resah dan gelisah hari ini. Hilang sudah mood untuk aku tulis post kali ini dalam bahasa Inggeris seperti kebiasaannya, entah kenapa semangat untukku berbahasa ibunda kali ini tiba-tiba sahaja muncul. Dan jika dilihat semula, memang gaya ini menepati gaya anak sulung kakakku yang pertama, lihatlah pada link yang ada jika anda ingin tahu

Hahahahahahaha, sumpah skema tahap maksimum

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Menunggu saja dalam library INTEC ini, budak-budak group aku tak datang lagi. Yang lagi tak seronok itu, dia pun ada, bertambah-tambah saja resah dalam hati aku sekarang ini. Dua kali bertembung, dua kali senyap saja keadaannya. Cehh cehh cehh, sumpah seranah betul

Okay, aku takkan buat lagi dah post dalam bahasa ibunda tercinta lepas ini. Biar aku cakap sahaja, lagipun aku lagi suka cakap Melayu dengan orang apatah lagi bila aku gunakan slang Kedah, sumpah terbaik, walaupun aku pelajar TESL dan aku perlu berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris

Ahh, sialan. Kisah apa aku

It's going to rain again...

9 comments:

  1. ko pon terpengaruh dgn hal PPSMI ker???
    ahakz.. dgn sengaja bercanda...

    ReplyDelete
  2. ahhh...
    aku mahukan TESL jugak...
    xpe bhs Melayu pon mulia..

    and,it's raining out there~

    ReplyDelete
  3. erm, that girl dia baca blog u tak? ish, kenapa ni, kejap sgt fall in love nya. takpe, tunggu ball dtg uitm, nanti fall in love balik eh. haha, saje je gedik nak kacau ball.

    ReplyDelete
  4. bestnye kedahaaann. :D
    perak lagi best weih.
    :D

    ReplyDelete
  5. to nicca
    ehh, mana da? ppsmi tuh aku x amek peduli langsung, x padan ngan bakal jd cekgu neh haha

    to ball
    good2, tesl is niceee~~~
    yeah, rain...

    to arlina
    xde keja budak neh, gi amek result tuh! hakhak XD
    yes, she does

    to boi
    manaaaaa adaaaaaaa~

    ReplyDelete
  6. patik setuju dengan pendapat saudara boi
    Perak sangat bagus
    Kami sudah mencubanya, anda bagaimana?

    ReplyDelete
  7. blueghhhh
    ko org penang, buat la cam org penang
    hidup johor!!! tetiba ja gahahahha

    ReplyDelete
  8. oh my god, did she know she is she ? haha. thats like so cool. mcm boleh buat cerita pasal ok i stop crapping. :)

    ReplyDelete
  9. haahahaha
    no no, continue as you please :)

    ReplyDelete